Powered By Blogger

Thursday 7 November 2013

HERBALIFE

Salam Buat Semua,

Rasanya sudah terlalu lama bagi saya tidak menulis di dalam blog ini disebabkan oleh kesuntukkan masa lebih-lebih lagi dalam persekitaran hidup di Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dengan kerja yang tiada penghujungnya. Apa pun, saya bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik dan isteri serta keluarga yang memahami kerjaya yang menuntut pengorbanan masa dalam mencari rezeki di bumi Allah swt ini. 

Untuk pengetahuan semua, saya telah pun menjalankan perniagaan baru saya sebagai pengedar sah bagi produk kesihatan Herbalife kira-kira dua bulan yang lalu. Ia bermula dengan kesedaran terhadap pentingnya penjagaan kesihatan lebih-lebih lagi apabila usia telah mencecah 40an. Di samping itu, ia juga telah menyumbang kepada pendapatan kepada kami sekeluarga dan saya melihat potensi untuk ianya dapat dikembangkan. Selain itu, saya juga ingin berkongsi kebaikan dengan anda semua agar pentingnya bagi kita mendapat makanan yang mempunyai nutrisi yang lengkap setiap hari di samping dapat mengekalkan pengambilan kalori yang tidak berlebihan. 
Dengan pengambilan pemakanan yang tidak seimbang dan kurangnya melakukan aktiviti senaman telah menyebabkan badan menjadi letih dan tidak bermaya. Akibat dengan kesibukan harian, diet pemakanan menjadi tidak teratur dan kebanyakkan makanan yang saya ambil juga tidak mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh. Apa lagi dengan kebanyakkan masa, saya mengambil makanan luar yang cara penyediaannya menidakkan nutrisi diperolehi seperti yang diperlukan oleh badan setiap hari, dengan kata lain, ia hanya untuk mengenyangkan sahaja tanpa memberi zat yang diperlukan oleh badan. Akibatnya badan menjadi lesu, berat badan mula meningkat dan yang ditakuti adalah datangnya penyakit yang tidak berjangkit tetapi merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung mula menyerang. Harapan saya kita semua akan dapat menghindari penyakit yang amat merbahaya ini. Insyallah... saya akan berkongsi maklumat mengenai kebaikan pengambilan produk Herbalife ini bersama anda dari masa ke semasa. Jika memerlukan sebarang pertanyaan bolehlah menghantar komen di sini atau email pada saya (aliasariffin@gmail.com). Selain itu saya juga boleh dihubungi melalui hand phone saya di 013-3155527.

Jumpa lagi...Wasalam!

No comments:

Post a Comment